Last year MU datang lagi so bila tau jer tiket MU open for selling,aku cepat2 gi sambar..kali ni 'up' sikit dari tahun 2001 tu,aku beli tiket RM98 (takdela aku nak duduk belakang tiang gol lagi..hehehe!!!). Ingat nak bawak bini aku tapi katanya dia tak minat sangat..then nak bawak si cilik tapi takut coz orang ramai n' mesti berduyun-duyun kat stadium tu!! Belum ditambah bahang dlm stadium yg tak ber'air cond' and pencemaran bunyi lagi..mau tak kesian!! Nak pergi dgn member2 MU yg lain..tak best lak coz ada yg datang berkapel-kapelan, ada yg tak mau pergi (mahal la katanya!!) n' ada yg kata jumpa kat stadium je (tapi last2 buat hal masing2 coz duduk berasingan, so sendirian la aku dlm ramai penyokong MU yg lain!). Game tu MU menang 3-2 yg mana aku RESPECT la penyokong dlm stadium tu. Walaupun hanya segelintir yg memakai baju warna kuning dalam lautan penyokong MU berbaju merah, time Malaysia skor gol jer semua menjerit sekali (semangat patriotik tetap ada..hehehe!!). Gol-gol MU dijaringkan oleh Rooney (min9), Nani (min28) n' Owen (min85) manakala kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahya (min45 & min52). Start2 aku ingat MU boleh menang selesa la mcm tahun 2001 bila dah leading 2-0 tapi minit terakhir separuh masa pertama Amri skor. Gol pertama dia memang cun, bola dtg dari bawah sampai ke Evra tapi dia tanduk tak kena then si Amri rembat dari jarak jauh terus masuk gol dari jarak 25meter rasanyalah (Si Van der Sar dah terlajak jauh kedepan!! ) Gol kedua dia kira nasib la bila Ben Foster miss kick backpass dari Gibson terus macam pelesit dia sambar bola and rembat ke pintu gol yg dah ternganga..Lima minit game nak habis Owen skor gol (nasib baik menang..hehehe!!) So aku balik umah dgn penuh kepuasan n' senyuman.. The next day aku dapat tau MU akan buat 2nd game lawan Malaysia coz next stop diorg iaitu Jakarta dah kena bom!!! Diorg nak buat 2nd game tu 20hb Julai (Isnin) and tiket dia RM50 free seating..tak dapat la aku nak pergi coz hari bekerja dan fulus pun time tu tengah kering!! Game tu MU menang jugak 2-0 hasil jaring Macheda and Owen di 15 minit pertama permainan. So,aku nak tanya korang...where were u then???
No comments:
Post a Comment